KUALA LUMPUR: Kehadiran elemen rondaan Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di kawasan kediaman, komersial dan perindustrian berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap jaminan keselamatan diri dan harta benda, termasuk pada musim perayaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' mengangkat betapa pentingnya kuasa jalinan antara polis dan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah ke arah mewujudkan persekitaran selamat di negara ini.
"Justeru, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan penglibatan dengan semua lapisan masyarakat menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program berkonsepkan Kepolisan Masyarakat," katanya.
Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan Ketua Polis Negara di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman di sini hari ini.
Acryl Sani berkata bagi tempoh Januari hingga April 2023, unit-unit MPV telah menjalankan sebanyak 872,283 pemeriksaan kenderaan, dengan sejumlah 76,768 saman dikeluarkan.
"Di samping itu, anggota unit MPV juga telah menjalankan sebanyak 1,651 tangkapan dengan 770 tangkapan berkait kes jenayah, 777 adalah tangkapan berkait kes narkotik dan 104 lain-lain kes.
"Dalam pada itu, URB juga turut melaksanakan sebanyak 154,887 aktiviti Stop and Talk serta Meet and Greet sebagai usaha mendekatkan lagi PDRM dengan masyarakat," katanya.
Pada himpunan itu juga, Acryl Sani menyampaikan Sijil Penghargaan Ketua Polis Negara kepada 37 pegawai polis dan pegawai awam dari pelbagai jabatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
Tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' mengangkat betapa pentingnya kuasa jalinan antara polis dan masyarakat dalam usaha mencegah jenayah. - Gambar hiasan
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Siapkan segera trek BMX Bukit Siol - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kontraktor bagi projek trek BMX Bukit SIol untuk segera menyiaokannya bagi memudahkan atlet Sarawak berlatih bagi menghadapi SUKMA 2024.
KPM sambut baik Sarawak rangka ujian ganti UPSR
KPM sambut baik hasrat kerajaan negeri Sarawak yang bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam di semua sekolah di negeri itu.
Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras RM2.41 juta di Bintulu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas minuman keras yang disyaki tidak berkastam dianggarkan bernilai RM2,414,784.30 termasuk duti dan cukai di Bintulu pada Jumaat lalu.
Jangan percaya orang tak dikenali - Flovia Ng
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah memberi peringatan kepada remaja khususnya kanak-kanak bawah umur agar tidak percaya kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Ia susulan tiga remaja di Ranau, bertindak tidak balik ke rumah kerana mahu ke Sandakan untuk mencari kerja bagi membeli telefon pintar.
Sektor Pontianak-Kuching perlu dihidupkan kembali
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Penumpang keluar masuk di LTAK melebihi kapasiti
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik hasrat Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu didirikan di wilayah itu
Kami janji bawa balik Piala FA ke Old Trafford - Erik ten Hag
Manchester United akan beri segalanya di Final Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei ini.
Isu kenaikan gaji penjawat awam antara dibincang
Isu kenaikan gaji penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara perkara dibincangkan dalam pertemuan antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji dan Presiden Cuepacs, Datuk Adnan.
Acryl Sani bersara awal sebagai Ketua Polis Negara
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani akan menamatkan kontraknya lebih awal iaitu pada Julai ini.
Naik taraf Kem Batalion 3 PGA Bidor bernilai RM322 juta - IGP
Proses naik taraf Kem Batalion 3 PGA Bidor bernilai RM322 juta - IGP
PRN: PDRM kenal pasti 190 kawasan panas di 6 negeri, Selangor tertinggi
Polis telah mengenal pasti 190 lokasi yang dikategorikan sebagai kawasan panas di enam negeri terlibat dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Kehadiran MPV, URB di kawasan kediaman, komersial tingkat keyakinan masyarakat - KPN
Kehadiran elemen rondaan MPV dan URB di kawasan kediaman, komersial dan perindustrian berjaya meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap jaminan keselamatan.
PDRM siap sedia hadapi PRU15 dalam masa terdekat
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa membuat persediaan rapi dari segi sumber manusia dan aset bagi memastikan kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tujuh pos sempadan PGA baharu di Sarawak akan dimuktamad - Acryl Sani
Tujuh lokasi pos kawalan sempadan baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak akan dimuktamadkan dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
48 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang - KPN
48 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang - KPN
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
Kebanyakan dakwaan Twitter Edisi Siasat sengaja diada-adakan - Ketua Polis Negara
Kebanyakan berita salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah oleh pengendali akaun Twitter @edisi_siasatmy di media sosial, adalah berita yang sengaja diada-adakan.
Khidmat Acryl Sani sebagai KPN dilanjut secara kontrak selama 2 tahun
Khidmat Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara (KPN) akan dilanjutkan selama dua tahun secara kontrak selepas beliau bersara wajib awal bulan depan.